SDAR BUS CROWDFUNDING PROJECT
Category : Announcement

EKALUNG TAHNIAH SETINGGI PENGHARGAAN
Alhamdulillah, SDAR BUS CROWDFUNDING PROJECT telah berjaya disempurnakan. Bermula dengan cetusan ilham sembang-sembang santai, kemudiannya idea dicambah, strategi disusun, langkah diatur dan gerakan dilaksana.Teruja, terharu dan pelbagai macam perasaan yang tidak dapat digambarkan. Hebat dan luarbiasa sokongan yang seluruh Warga Sdarians, sama-sama menjayakan projek ulung ini. Semangat tulus BERILMU UNTUK BERJASA benar-benar dapat dirasakan; Tanjung Malim, Sikamat, Sungai Gadut sepakat, padu, teguh bersama dalam menggerakkan usaha ini. Dalam tempoh masa yang singkat, kita telah berjaya mencapai sasaran membeli sebuah bas yang menjadi kebanggaan Sdarians, malah melepasi sasaran kutipan yang diletakkan.Terima kasih buat SDARA atas kepercayaan yang diberikan untuk kami menerajui projek ini. Segala urusan mampu diselesaikan dalam mendepani cabaran-cabaran tidak diduga sepanjang perjalanan projek.Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan penghargaan kami kepada semua yang telah menyumbang, menghulurkan bantuan, memberi kata-kata semangat serta ‘Like | Comment | Share’ hebahan-hebahan kami. Semangat BERILMU UNTUK BERJASA tidak hanya semakin dijulang tinggi, malah juga membuktikan bahawasanya – “sekali SDAR melangkah mara, angin dan ribut teman berlumba”.Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Salam Hormat,SDARIANS88Jawatankuasa PelaksanaSDARA Dinner 2021